Soalan Lazim

KELAS BAHASA ARAB DEWASA

Adakah saya mampu untuk belajar bahasa arab sedangkan saya telah pun berusia?

Tiada halangan untuk mempelajari bahasa Arab, selagi anda mampu membaca dan belajar Al Quran bermakna anda juga mampu belajar bahasa Arab. Apa yang penting adalah usaha dan tekad yang kuat untuk menguasai.

Apakah halangan-halangan dan masalah dalam mempelajari Bahasa Arab?

Tidak dinafikan setiap pelajaran mempunyai halangan tersendiri. Bagi golongan dewasa pada umumnya mempunyai masalah hafalan dan mengingat satu-satu perkara dalam pelajaran. Disamping itu juga perasaan malu dan pelbagai komitmen dalam hidup juga adalah faktor halangan Sebagai ibu bapa, bos, pekerja, dan lain-lain.

Bagaimana untuk saya mengekalkan semangat dan tabah dalam mempelajarinya?

Apa yang penting ialah ikhlaskan niat kerana Allah dan hadiri kelas dengan kumpulan atau rakan yang boleh saling membantu dan memberi motivasi antara satu sama lain.

Berapa lama Masa diperlukan?

Jika semua berjalan lancar, hanya 6 bulan untuk level / modul pertama dan juga modul yang ke dua. Bagi tahap selanjutnya (modul ketiga) hanya pelajar yang terpilih dan berkemampuan sahaja. Pelajar dewasa biasa lebih digalakkan memahami dan menguasai makna Al Quran apabila telah selesai peringkat atau modul kedua.

Siapa yang boleh menyertai kelas ini?

Kelas terbuka kepada semua yang mempunyai minat untuk memahami Al Quran dan agama dengan lebih mendalam. Bagi pelajar yang mampu membaca Al Quran lebih digalakkan untuk menyertai kelas ni.

Adakah kelas boleh diadakan di tempat-tempat lain?

Ya, kami mengalu-alukan kepada semua organisasi, jabatan, masjid, surau, rumah dan lain-lain yang berminat boleh mengumpulkan peserta sekurang-kurangnya 7 - 10 orang. Di mana pihak kami bersedia untuk mengadakan kelas di tempat mereka.Peserta individu boleh menyertai kelas yang diadakan di pusat-pusat bimbingan yang disediakan.


KELAS AL QURAN

Kenapa perlu menggunakan Modul Al Hira 24 Jam?

Kami menggunakan modul Al Hira’ di sebabkan modul yang ringkas dan komrehensif berbanding dengan yang lain-lain. Ianya hanya mencakupi 12 bab penguasaan untuk melayakkan seseorang pelajar mampu belajar Al Quran.

Apakah kelebihan yang anak saya dapat apabila mengikuti program Al Quran ini?

Setiap pelajar yang mengikuti pengajian Al Quran akan dibimbing dengan pelajaran tambahan berupa pelajaran asas fardhu ain dan juga bahasa arab. Setiap pelajar akan di bimbing secara teori dan amali.

Sampai bilakah anak saya perlu mengaji Al Quran di pusat bimbingan?

Jika pelajar telah menguasai sukatan tajwid yang mengandungi hampir 50 perkara dan mampu untuk membaca sendiri dengan lancar. Maka pilihan diberikan kepada pelajar sama ada untuk meneruskan atau berhenti dari mengikuti kelas.